Tuesday 8 March 2016

Effective Microorganisma




Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin








Apa itu EM?


Pada tahun 1980 an, EM dalam bidang pertanian telah dilakukan secara mendalam oleh Prof. Dr. Teruo Higa di Universitas Ryukyus, Okinawa, Jepun. Dalam skala luas, EM telah digunakan oleh petani organic di Jepun, Thailand, Brazil, Amerika Serikat, Indonesia, Philiphina, Srilangka, China, Korea Selatan, Taiwan, India, Perancis, Malaysia, New Zealand, Laos, Myanmar, dan lain-lain. 
Dari tahun 1989 sampai saat ini, pengembangan teknolgi EM masih terus dilakukan.


EM ialah kaedah penggunaan mikroorganisma berfaedah dalam bahan-bahan dikompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar. Secara umumnya terdapat 3 jenis bakteria di dalam EM iaitu Bakteria Laktic Asid, Yis dan Bakteria Potosintetik.


Tahukah anda semasa tsunami melanda di negara kita EM disembur kepada mangsa korban untuk mengelak daripada berbau busuk?




Kebaikan EM


  • Mengikat nitrogen di atmosfera.
  • Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan 
  • Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
  • Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
  • Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
  • Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
  • Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
  • Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah
  • Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
  • Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
  • Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
  • Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak 

YongTau fu Kg Pandan


Teks : Noor Ezzalin
Gambar : Noor Ezzalin


Hari ni tekak rasa tak sedap, lepas pergi klinik terus saya ke kedai yong tau fu ni. Nak makan nasi,tekak rasa perit sangat. Semua benda tak boleh nak telan.

Proses memujuk en husband ke kedai yong taufu berjaya. Maklumlah, tengah sakit kan, boleh la ngada ngada sikit😁😁😁


Sekali sampai kat kedai ni, tu dia, beratur panjang, sampai ke gate tu.

Bagi yang nak rasa yong taufu super sedap bolehlah berkunjung ke kedai yong taufu kg pandan ni ye. comform sedap!

Sekali rasa pasti teruja.