Tuesday 21 June 2016

Baja Dolomite Hadiqah

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Apa itu Dolomite? (klik sini)

Baja Perawat tanah dikenali juga sebagai baja DOLOMITE.Baja DOLOMITE juga dikenali sebagai Baja Calcium-Magnesium.

Mari kita lihat apa kelebihan baja DOLOMITE ni.

DOLOMITE adalah batuan mineral yang mengandungi unsur magnesium ( MgO ) & kaya dengan unsur Kalsium ( Ca ).

Perawat tanah ( soil conditioner ) dengan memperbaiki pH tanah yang berasid kepada tahap yang optimum. Kandungan Magnesium ( MgO ), Kalsium ( Ca ) & Silika memperbaiki struktur tanah & menstabilkan pH tanah. Penggunaan Dolomite akan meningkatkan kesuburan tanah.

Selain itu, Dolomite membekalkan zat untuk pertumbuhan tanaman & mempertingkatkan produktiviti tanaman.

Magnesium Karbonat ( MgCO3 ) iaitu sebahagian daripada struktur dolomite berfungsi sebagai sumber magnesium kepada mikroorganisma.

Juga sesuai digunakan dalam industri akuakultur. Dolomite berfungsi membersihkan tangki / kolam dari sisa kimia.



Kalsium
=======

Nutrient ini berfungsi untuk pembahagian sel dan tumbesaran. Pertumbuhan akar dan pucuk daun adalah berpunca dari nutrient ini. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan pendebungaan dan memastikan daun tidak luruh.

Magnesium
=========

Nutrient ini membantu proses chorofil dan pengaktifan enzim tumbuhan bagi penghasilan karbohidrat, gula dan lemak. Ia digunakan bagi biji benih dan buah.


Sulphur 
======

Nutrient ini membantu penghasilan amino asid yang berperanan untuk pertumbuhan chorofil dan sel. Ia juga memberi perasa kepada daun.


Iron 
====

Nutrient ini penting bagi proses fotosintesis klorofil. Ia diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan pada peringkat muda/awal.


Zinc
====

Ia adalah sebahagian daripada komponen enzim termasuk enzim auxins ( enzim untuk pertumbuhan hormon ). Ia penting dalam sintesis protein, metabolisma karbohidrat & pembesaran / pertumbuhan batang.


Manganese
========

Nutrient ini membantu aktiviti enzim untuk proses fotosintesis, kadar penyejatan & juga untuk pengambilan nitrogen.


Copper
======

Nutrient ini banyak tertumpu kepada akar tumbuhan & memainkan peranan dalam pengambilan nitrogen daripada udara.


Boron
=====

Nutrient ini membantu 16 fungsi pertumbuhan tumbuhan. Selain daripada pembentukan dinding sel, nutrient ini juga terlibat dalam pembungaan, pendebungaan, putik buah, pengaliran air & pergerakan hormon tumbuhan. Ia diperlukan dari mula sampai akhir hayat tumbuhan.

No comments:

Post a Comment