Thursday 31 December 2015

Kek Coklat Moist Noxxa


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Salam semua...
Kali ni saya nak berkongsi entri tentang resepi kek coklat moist versi noxxa.
Resepi ni simple je tau kawan2..tak perlu pakai blender ataupun mixer..ni versi kacau je..senang dan simple..

Bahan bahannya

Bahan A
1cawan serbuk coklat
1 sk serbuk nescafee
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan susu manis
1 kotak susu segar

Bahan B
Telur 4 biji

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat



Cara caranya

Panaskan kesemua bahan2 A didalam satu periuk.kacau rata. Pastikan kecilkan api sewaktu proses mengacau. Kacau sehingga hilang ketul ketul.
Bila adunan dah rata, tutupkan api. Masukkan telur 1 persatu. Kacau sebati.
Kemudian masukkan bahan C yang sudah diayak kedalam adunan tadi. Kacau rata.

Cara menggunakan noxxa

1.pastikan adunan anda tidak berketul ketul
2.letakkan tungku besi kedalam inner noxxa,kemudian letakkan air separas kaki tungku tersebut.
3. Masukkan loyang kedalam inner noxxa
4. Set masa, saya menggunakan kaedah steam bath selama 25minit. Jangan lupa pusing tombol kearah titik steam
5. Selepas 25minit kek sudah masak sepenuhnya.
6.waktu untuk ngap....kalau suka boleh bubuh toping ya..kali ni tak sempat bubuh toping dah kena ngap..


Ni loyang yang saya gunakan..betul2 ngam2 dalam inner noxxa tu.22cm. Agak susah sikit nak keluarkan. Kalau 20 atau 21cm saya rasa sedang elok



Selamat mencuba ya!!!




Friday 25 December 2015

Kenali saya Noor Ezzalin Sidek


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Salam ukhuwah semua.....31 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri sulung dr pasangan Mohd Sidek bin Ramli dan Rosmanir Abd Hamid. Membesar dengan sihat seperti kanak kanak yang lain,saya sering menjadi harapan keluarga, samaada dari segi akademik mahupun pengurusan dirumah.
Sebagai anak sulung didalam keluarga saya menjadi harapan dan idola kepada adik- adik. Ayah selalu berpesan pada saya yang adik adik akan mengikut dan menjadikan saya contoh mereka. Jadi along kena sentiasa jadi yang terbaik. Kata kata arwah ayah itulah yang saya pegang sehingga sekarang. Rupa rupanya kata kata ayah itulah yang menjadikan saya seorang leader. Leader dalam keluarga , leader didalam bisness dan leader kepada anak - anak.

 Cita cita untuk kemenara gading akhirnya berjaya. Menamatkan sesi ijazah perakaunan di UiTM selama 5 tahun membuatkan saya benar benar teruja. Rasa macam nak muntah hijau menamatkan alam pembelajaran di universiti. Kekuatan fizikal dan mental diperlukan untuk belajar akaun ni. Alhamdullillah..berjaya juga akhirnya.

Mengengam segulung ijazah didalam bidang profesional membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki alam pekerjaan, tapi indah khabar dari rupa. Kehidupan bekerja rupa rupanya lebih mencabar. Memohon gaji dengan kelayakan yang ada bukan semudah yang saya sangka.

Pada ketika itu , saya diterima untuk bekerja di tempat praktikal lama saya. Bermula kehidupan saya sebagai assistant auditor.
Dimarah,diperli bila saya minta beberapa resit untuk diaudit, katanya bukan company saya,ikut suka hati mereka la nak buat macammana.

Ketika itu saya betul betul naif. Terlalu jujur orang kata. Banyak benda benda yang tak masuk akal saya rasa. Benarla kata orang, praktikal dan teori terlalu banyak bezanya
 Rupa rupanya ramai yang men'apply' teori " creative accounting", untuk lari dari cukai rupa rupanya.

Masih segar diingatan saya, ketika company saya mendapat tugas audit dari company sani express. Ketika itu, sani tidaklah sebesar sekarang. Kini, hotel sani tersergam indah di tengah tengah kota metropolitan. Dulu sani hanya ada bas sahaja untuk diaudit. Pernah beberapa kali beliau datang ke office untuk menghantar beberap dokumen penting.
Senyuman langsung tak lekang dari bibir beliau. Orangnya sangat lembut dan rendah diri. Beruntunglah kepada mana mana gadis yang menjadi isteri beliau.
Setelah 6 bulan saya bertahan di firma audit saya mendapat tawaran bekerja di bank islam di muadzam shah,pahang. Kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga saya menolak tawaran tersebut. Beberapa bulan selepas menolak tawaran tersebut sy telah dipanggil untuk bekerja sebagai seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta di gombak. Bermulalah karier saya sebagai pendidik. Disinilah saya mencipta satu lagi karier baru iaitu berniaga secara sambil sambilan.
Selain mengajar, berniaga di kolej saya juga melakukan part time tuisyen di rumah rumah orang.

Kegigihan untuk mengumpulkan duit untuk berkahwin buat saya lupa tentang letih dan penat bekerja. Income saya untuk tuisyen dirumah mencecah rm2,000 sebulan. Bila diingat ingat begitu bersungguh sungguh saya mencari duit ketika itu. Saya juga ada berjinak jinak dalam bidang perniagaan tudung dan ikan di kolej.
Nanti saya akan ceritakan kisah ni di next entri ya!


Ketika kandungan berusia 7bulan, saya mendapat kerja di ptpl seremban. Bertugas sebagai pensyarah akaun. Bersara awal ketika kandungan yang kedua berusia 7bulan. Kini bahagia Dikurniakan 3 orang putera di sisi.

Salam perkenalan sahabat2 blog semua.

Saya NOOR EZZALIN BINTI MOHD SIDEK.

 Bukan seorang penglipulara, bukan penulis tinta..Saya hanya ingin berkongsi suka duka perjalanan kehidupan saya sebagai khalifah di muka bumi. Semoga ilmu yang bermanfaat mampu memudahkan saya di alam barzakh nanti.

Inshaallah..kalau ada kelapangan, saya akn ceritakan bagaimana perjalanan saya didalam bisness dan bagaimananya saya berani utk berhenti kerja untuk menjadi WAHM.


        

Tuesday 22 December 2015

Plastik Baja Hadiqah

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin

Masih ingat entri saya mengenai pencarian botol di balakong? Entri disini

Habis je urusan saya di balakong jam menunjukkan 1.15pm. Destinasi seterusnya ke kilang plastik di gombak. Nasib linda (sahabat di uitm) bekerja sebagai akauntan kat kilang plastik tersebut. Telefon linda seterusnya buat appointment. Alhamdullillah, nasib linda tak cuti lagi. Maklumlah dah sarat bebenor dia. Mengandung 32minggu. Rezeki saya nak berjumpa beliau.

Ok, ke gombak kita. Nasib budak bam bam behave je. Lepas menyusukan budak bam bam terus bergerak ke gombak.


                                                      ( macam macam plastik ada tau)


Alhamdullillah, perjalanan sangat lancar. 2.15pm kami tiba di gombak. Setelah hampir 2 jam berdiskusi akhirnya saya dapat apa yang saya perlukan.

  1. Plastik tanah - jenis Opac printed
  2. Plastik benih - jenis zipper 1/8 dari A4
  3. Plastik baja- jenis transparent untuk 1kg dan 500gram
  4. Plastik untuk package - jenis kidney hole transparent



  ( terima qaseh kak aya selaku marketing department...abaikan muka saya yang sembab tu)

Terima qaseh buat linda dan kak aya sebab melayan saya yang sangat cerewet ni.ok dah boleh balik rumah. Malam tidur dengan lenanya.settle semuanya.


Next entri saya  akan kongsikan mengenai sticker pula ya. Pastinya mencari yang terbaik untuk projek baja kami.






Monday 21 December 2015

Kilang botol plastik

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Pagi pagi lagi dah bersiap untuk bergerak ke balakong, tapi perjalanan kali ini berbeza dari yang lain. Perjalanan menyempurnakan misi bersama budak bam bam tanpa abi disisi. 

Kali ini agak sukar, meneroka tempat yang belum pernah saya pergi. Terasa macam nak nangis. Terasa macam nak masukkan budak bam bam dalam perut balik. Siannya dak bam bam ummi ni. Tapi alhamdullillah, ibu seolah olah memahami misi hari ni. Ibu dan eyui menawarkan diri untuk temankan aku hari ni. Alhamdullillah. 

Perjalanan pagi ni memang begitu mencabar.Dengan bateri hp hanya tinggal 18% memang begitu mendebarkan. Tiba tiba teringat si power bank yang berada didalam beg tangan. Dengan bangganya mengeluarkan, cucuk wayar ke wayar, tekan butang on. Allahuakbar , tinggal 2 nyalaan je lagi. Tawakalku pada Mu yang Allah. Jangan Kau sulitkan, permudahkan.






    (Nilah penunjuk jalan yang setia menemani)


Alhamdullillah. Dalam masa sejam , sampailah kami ke kilang plastik di balakong. Mudah je perjalanan kami pagi ni. Terkesima saya bila sampai disana. Banyak sungguh botol botol plastik kat sana. Macam macam jenis. Kat sini la rupa rupanya mereka ambil botol buat sabun tu.

(Masa untuk loading)


Penuh ok cik alza saya. Harga kat situ berpatutan jugak la bagi saya compare di tempat tempat lain. Tapi kalau nak murah ms Indra beritahu yang saya perlu ambik 5ribu keatas. 5 ribu botol ye kawan kawan. Bukan 5ribu ringgit. Pengsan mak dengar. Itu pun dapat less seposen je. Aduhai sabo je. Tapi secara keseluruhannya ok la. Saya siap dapat diskaun 3% lagi sebab bayar cash. Ok la, boleh cover duit minyak kereta jugak kan. Sy memang mencadangkan 100% ke kilang ni.Harga dan kualiti botol memang terbaik. Bagi kawan kawan yang nak memulakan perniagaan yang melibatkan botol botol ni boleh lah ke balakong.
Ni laman web company ni.



Insyaallah untuk next entri saya akan kongsikan cerita mengenai plastik beg baja pula ye. Masa untuk berehat setelah seharian memandu.

Selamat malam

Kilang botol plastik

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin
Pagi pagi lagi dah bersiap untuk bergerak ke balakong, tapi perjalanan kali ini berbeza dari yang lain. Perjalanan menyempurnakan misi bersama budak bam bam tanpa abi disisi. 

Kali ini agak sukar, meneroka tempat yang belum pernah saya pergi. Terasa macam nak nangis. Terasa macam nak masukkan budak bam bam dalam perut balik. Siannya dak bam bam ummi ni. Tapi alhamdullillah, ibu seolah olah memahami misi hari ni. Ibu dan eyui menawarkan diri untuk temankan aku hari ni. Alhamdullillah. 

Perjalanan pagi ni memang begitu mencabar.Dengan bateri hp hanya tinggal 18% memang begitu mendebarkan. Tiba tiba teringat si power bank yang berada didalam beg tangan. Dengan bangganya mengeluarkan, cucuk wayar ke wayar, tekan butang on. Allahuakbar , tinggal 2 nyalaan je lagi. Tawakalku pada Mu yang Allah. Jangan Kau sulitkan, permudahkan.






    (Nilah penunjuk jalan yang setia menemani)


Alhamdullillah. Dalam masa sejam , sampailah kami ke kilang plastik di balakong. Mudah je perjalanan kami pagi ni. Terkesima saya bila sampai disana. Banyak sungguh botol botol plastik kat sana. Macam macam jenis. Kat sini la rupa rupanya mereka ambil botol buat sabun tu.

(Masa untuk loading)


Penuh ok cik alza saya. Harga kat situ berpatutan jugak la bagi saya compare di tempat tempat lain. Tapi kalau nak murah ms Indra beritahu yang saya perlu ambik 5ribu keatas. 5 ribu botol ye kawan kawan. Bukan 5ribu ringgit. Pengsan mak dengar. Itu pun dapat less seposen je. Aduhai sabo je. Tapi secara keseluruhannya ok la. Saya siap dapat diskaun 3% lagi sebab bayar cash. Ok la, boleh cover duit minyak kereta jugak kan. Sy memang mencadangkan 100% ke kilang ni.Harga dan kualiti botol memang terbaik. Bagi kawan kawan yang nak memulakan perniagaan yang melibatkan botol botol ni boleh lah ke balakong.
Ni laman web company ni.



Insyaallah untuk next entri saya akan kongsikan cerita mengenai plastik beg baja pula ye. Masa untuk berehat setelah seharian memandu.

Selamat malam

Wednesday 16 December 2015

Dunia Niaga

Teks : Noor Ezzalin Sidek


DUNIA NIAGA
============

Nak jadi orang bisness bukan mudah..
Nak jadi orang bisness tak boleh mengalah..

Mata bengkak bengkak..
Muka sembab sembab...

Nak jadi orang business...
Tak boleh la nak main game..
Tak boleh asyik nak berwhatsapp..

Nak jadi orang business...
Tak boleh la nak goyang kaki...

Nak jadi orang business...
Tak boleh la tak buat strategi..

Kata nak kaya..
Kata nak murah rezeki...

Kalau doa siang malam..
Usaha tak sampai ke pagi..
Simpan jela doa tu dalam peti...
Mana tau bila bukak peti doa tu termakbul nanti...

Solat dhuha tak pernah ambil peduli..
Solat tahajud apatah lagi...
Sedeqah pun hanya celah celah gigi..
Manalah business tu nak diberkati...

Duduk la goyang kaki...
Tau komplen sana sini..
Mana tau bila asyik komplen, dr langit turun rezeki...

Hai..usaha la..
Usaha la..
Jangan duduk simpul strategi..
Kalau takde actionnya..tergolek nanti..
Dah tergolek baru menyesal tak berhenti2...





Tuesday 15 December 2015

Proses pengalihan pasu


Teks : Noor Ezzalin Sidek
Foto :  Noor Ezzalin Sidek



Akhirnya...
Saya terjebak juga...
Dari mula mula tak berminat langsung berkaitan dengan pokok ni...
Akhirnya..saya redha dengan ketentuan ilahi...
Mungkin inilah jalan terbaik untuk saya...
Bercucuk tanam..hoyeayyyy!!!!!!

Kali ni saya import ibu datang ke negeri sembilan...

Saya memangla..terus terang cakap..tak reti langsung bab2 menanam ni...
Tp alhamdullillah..bila ada support dr ibu...
Sy agak kuat sikit...

Pagi ni..ibu bawak saya ke pasar tani...
Kenal beberapa jenis pokok2 yang dijual di pasar tani...fuhh..mencabar..

Sambil2 tu sempat juga melihat cara mereka menjual baja...
Dalam pikiran..dah terbayang..saya dengan microfon kecilnya...sambil menjerit2..

"Baja..baja..baja...3 sepuluh...3 sepuluh"

Hahahaha..imagine je lebih kan...
Tak cukup dengan tu..lps pergi pasar tani...
Saya jengah pula ke nursery pokok...
Ni memang betul betul belajar ni...

Sempat la snap beberapa botol baja untuk dijadikan idea nanti...hehehehhe....

Dan akhirnya...sempat la membawa pulang 2 pasu limau kasturi dan beberapa beg tanah...




Tu dia...semangat sunnguh la ai...

Dah petang petang sikit...apa lagi..bermula projek mega kami

Pertukaran polybeg ke pasu...yeayyy...

Sempat ibu pesan..kalau nak tanam kunyit..tanah tak boleh basah sangat...kunyit ni tanah dia kena kering kering sikit...
Aduhai...tiba tiba teringat..ni mesti hero berdua ni yang siram sampai buat takungan kat dalam pasu ni...aduhai....

Tapi kan..ibu puji...
Bagus baja ko ni...gemok gemok kunyit dia..

Ha...kan...
"Gunalah baja thailand...sembur sembur..pasti subur"

Hahahaha....


Tengokla tu..gemok gemok kan..

Hahaha..suka suka...
Sekali ibu alihkan and pecah pecahkan..5 pasu u alls dapat..hebat..

Seingat ingatnya hari tu is kata dia tanam sebesar ibu jari je kunyit ni...

Dibaja dibaja..ha..ambik..gemok....4bulan je baru...teruja saya!!!

Lepas ibu dah alihkan kunyit kunyit tu...
Ibu alihkan pulak pokok limau kasturi dari polybeg ke pasu...

Tiba2 jiwa rasa tenang melihat liuk lentuk pokok2 tu...
Patutla orang kata menanam pokok ni satu terapi...

Subhanallah...alhamdullillah...

Tak sabar nak tunggu esok..agak2 kunyit yang saya dah asing2kan tu dah bercambah tak???

Over kan???

Hahahahahah......

Ok..selamat malam semua!!!




Monday 14 December 2015

I try my very best

Teks : Noor Ezzalin Sidek



#ENTRI 1

Alhamdullillah....akhirnya....

Walaupun masih belum sempurna...tapi saya masih mencuba...
Mencuba sesuatu yang baharu...sesuatu yang istimewa....

Sesuatu yang saya rasakan bukan dibidang saya...tapi mungkin Allah sudah lorongkan perjalanan saya disini...semakin hari semakin teruja....

inshaallah...akan ada cerita cerita yang bermanfaat akan saya kongsikan disini...

salam ukhuwah dari saya...