Friday 25 December 2015

Kenali saya Noor Ezzalin Sidek


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Salam ukhuwah semua.....31 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri sulung dr pasangan Mohd Sidek bin Ramli dan Rosmanir Abd Hamid. Membesar dengan sihat seperti kanak kanak yang lain,saya sering menjadi harapan keluarga, samaada dari segi akademik mahupun pengurusan dirumah.
Sebagai anak sulung didalam keluarga saya menjadi harapan dan idola kepada adik- adik. Ayah selalu berpesan pada saya yang adik adik akan mengikut dan menjadikan saya contoh mereka. Jadi along kena sentiasa jadi yang terbaik. Kata kata arwah ayah itulah yang saya pegang sehingga sekarang. Rupa rupanya kata kata ayah itulah yang menjadikan saya seorang leader. Leader dalam keluarga , leader didalam bisness dan leader kepada anak - anak.

 Cita cita untuk kemenara gading akhirnya berjaya. Menamatkan sesi ijazah perakaunan di UiTM selama 5 tahun membuatkan saya benar benar teruja. Rasa macam nak muntah hijau menamatkan alam pembelajaran di universiti. Kekuatan fizikal dan mental diperlukan untuk belajar akaun ni. Alhamdullillah..berjaya juga akhirnya.

Mengengam segulung ijazah didalam bidang profesional membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki alam pekerjaan, tapi indah khabar dari rupa. Kehidupan bekerja rupa rupanya lebih mencabar. Memohon gaji dengan kelayakan yang ada bukan semudah yang saya sangka.

Pada ketika itu , saya diterima untuk bekerja di tempat praktikal lama saya. Bermula kehidupan saya sebagai assistant auditor.
Dimarah,diperli bila saya minta beberapa resit untuk diaudit, katanya bukan company saya,ikut suka hati mereka la nak buat macammana.

Ketika itu saya betul betul naif. Terlalu jujur orang kata. Banyak benda benda yang tak masuk akal saya rasa. Benarla kata orang, praktikal dan teori terlalu banyak bezanya
 Rupa rupanya ramai yang men'apply' teori " creative accounting", untuk lari dari cukai rupa rupanya.

Masih segar diingatan saya, ketika company saya mendapat tugas audit dari company sani express. Ketika itu, sani tidaklah sebesar sekarang. Kini, hotel sani tersergam indah di tengah tengah kota metropolitan. Dulu sani hanya ada bas sahaja untuk diaudit. Pernah beberapa kali beliau datang ke office untuk menghantar beberap dokumen penting.
Senyuman langsung tak lekang dari bibir beliau. Orangnya sangat lembut dan rendah diri. Beruntunglah kepada mana mana gadis yang menjadi isteri beliau.
Setelah 6 bulan saya bertahan di firma audit saya mendapat tawaran bekerja di bank islam di muadzam shah,pahang. Kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga saya menolak tawaran tersebut. Beberapa bulan selepas menolak tawaran tersebut sy telah dipanggil untuk bekerja sebagai seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta di gombak. Bermulalah karier saya sebagai pendidik. Disinilah saya mencipta satu lagi karier baru iaitu berniaga secara sambil sambilan.
Selain mengajar, berniaga di kolej saya juga melakukan part time tuisyen di rumah rumah orang.

Kegigihan untuk mengumpulkan duit untuk berkahwin buat saya lupa tentang letih dan penat bekerja. Income saya untuk tuisyen dirumah mencecah rm2,000 sebulan. Bila diingat ingat begitu bersungguh sungguh saya mencari duit ketika itu. Saya juga ada berjinak jinak dalam bidang perniagaan tudung dan ikan di kolej.
Nanti saya akan ceritakan kisah ni di next entri ya!


Ketika kandungan berusia 7bulan, saya mendapat kerja di ptpl seremban. Bertugas sebagai pensyarah akaun. Bersara awal ketika kandungan yang kedua berusia 7bulan. Kini bahagia Dikurniakan 3 orang putera di sisi.

Salam perkenalan sahabat2 blog semua.

Saya NOOR EZZALIN BINTI MOHD SIDEK.

 Bukan seorang penglipulara, bukan penulis tinta..Saya hanya ingin berkongsi suka duka perjalanan kehidupan saya sebagai khalifah di muka bumi. Semoga ilmu yang bermanfaat mampu memudahkan saya di alam barzakh nanti.

Inshaallah..kalau ada kelapangan, saya akn ceritakan bagaimana perjalanan saya didalam bisness dan bagaimananya saya berani utk berhenti kerja untuk menjadi WAHM.


        

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aslm
    ada buat tuition prinsip akaun untuk f4?
    area seremban

    ReplyDelete