Thursday 31 December 2015

Kek Coklat Moist Noxxa


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Salam semua...
Kali ni saya nak berkongsi entri tentang resepi kek coklat moist versi noxxa.
Resepi ni simple je tau kawan2..tak perlu pakai blender ataupun mixer..ni versi kacau je..senang dan simple..

Bahan bahannya

Bahan A
1cawan serbuk coklat
1 sk serbuk nescafee
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan susu manis
1 kotak susu segar

Bahan B
Telur 4 biji

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat



Cara caranya

Panaskan kesemua bahan2 A didalam satu periuk.kacau rata. Pastikan kecilkan api sewaktu proses mengacau. Kacau sehingga hilang ketul ketul.
Bila adunan dah rata, tutupkan api. Masukkan telur 1 persatu. Kacau sebati.
Kemudian masukkan bahan C yang sudah diayak kedalam adunan tadi. Kacau rata.

Cara menggunakan noxxa

1.pastikan adunan anda tidak berketul ketul
2.letakkan tungku besi kedalam inner noxxa,kemudian letakkan air separas kaki tungku tersebut.
3. Masukkan loyang kedalam inner noxxa
4. Set masa, saya menggunakan kaedah steam bath selama 25minit. Jangan lupa pusing tombol kearah titik steam
5. Selepas 25minit kek sudah masak sepenuhnya.
6.waktu untuk ngap....kalau suka boleh bubuh toping ya..kali ni tak sempat bubuh toping dah kena ngap..


Ni loyang yang saya gunakan..betul2 ngam2 dalam inner noxxa tu.22cm. Agak susah sikit nak keluarkan. Kalau 20 atau 21cm saya rasa sedang elok



Selamat mencuba ya!!!




3 comments:

  1. Hehehe...best2...lps ni nk share masak sup ayam...10min je...hehehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe...best2...lps ni nk share masak sup ayam...10min je...hehehe

    ReplyDelete