Monday 16 May 2016

Menanam Pokok Pudina


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Google




Salam semua, hari ni saya nak share sikit pengalaman menanam pokok pudina. saya mendapat inspirasi tentang penanaman pudina dari blog  tanomkinotuan.



 Tips Pokok Pudina
  • Tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak, cukup sekiranya kawasan yang dipilih itu terkena cahaya pada waktu pagi atau hanya pada waktu petang.
  • Tambah rumput kering pada tanah tersebut untuk pengudaraan dan saliran yang baik. Rumput kering akan mereput menjadi humus yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk pokok pudina anda.
  •  Anda haruslah menyiramnya dengan air yang banyak 
  • Sekiranya pokok pudina anda sudah panjang dan menjalar potong semula batang yang terlalu panjang agar pokok pudina anda merimbun dengan baik.  Sentiasa memotong pokok pudina agar ia sihat dan rimbun.


Kelebihan daun pudina

  •  Menyejukkan badan .Caranya ambil air masak 1.5 liter, masukkan daun pudina serta lemon. Masukkan didalam peti ais. Esok nak pergi kerja jangan lupa bawa air pudina lemon tu. Comfirm sejuk badan sepanjang hari. Lagi lagi minum masa baru keluar peti ais tu kan. Perghhh!!!           
  • Ubat selsema. Mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema
    Caranya mudah je. Masak air panas. Letakkan didalam mangkuk. Letakkan daun pudina yang telah ditumbuk. Ambil sehelai tuala. Hidu aroma air pudina tadi. Pastikan dalam keadaan panas ye. Comfirm, yang baru nak selsema terus hilang selsema.
  • Membuang angin
    Caranya bancuh teh hijau letakkan daun pudina. Rendam selama 5minit. Minum. Inshaallah berdas das tembakan akan keluar nanti!!!
  •  Penyakit ruam kulit
    Caranya tumbuk daun pudina, pakai seperti masker. Inshaallah. Tiada masalah kulit lagi.
  • Menghilangkan rasa mual dan sakit kepala
    Caranya sapukan minyak kelapa yang dicampur daun pudina kemudian hidu baunya. Terasa segar je.
                                                                                      

No comments:

Post a Comment