Showing posts with label BAJA ORGANIK HADIQAH. Show all posts
Showing posts with label BAJA ORGANIK HADIQAH. Show all posts

Tuesday, 21 June 2016

Baja Dolomite Hadiqah

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Apa itu Dolomite? (klik sini)

Baja Perawat tanah dikenali juga sebagai baja DOLOMITE.Baja DOLOMITE juga dikenali sebagai Baja Calcium-Magnesium.

Mari kita lihat apa kelebihan baja DOLOMITE ni.

DOLOMITE adalah batuan mineral yang mengandungi unsur magnesium ( MgO ) & kaya dengan unsur Kalsium ( Ca ).

Perawat tanah ( soil conditioner ) dengan memperbaiki pH tanah yang berasid kepada tahap yang optimum. Kandungan Magnesium ( MgO ), Kalsium ( Ca ) & Silika memperbaiki struktur tanah & menstabilkan pH tanah. Penggunaan Dolomite akan meningkatkan kesuburan tanah.

Selain itu, Dolomite membekalkan zat untuk pertumbuhan tanaman & mempertingkatkan produktiviti tanaman.

Magnesium Karbonat ( MgCO3 ) iaitu sebahagian daripada struktur dolomite berfungsi sebagai sumber magnesium kepada mikroorganisma.

Juga sesuai digunakan dalam industri akuakultur. Dolomite berfungsi membersihkan tangki / kolam dari sisa kimia.



Kalsium
=======

Nutrient ini berfungsi untuk pembahagian sel dan tumbesaran. Pertumbuhan akar dan pucuk daun adalah berpunca dari nutrient ini. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan pendebungaan dan memastikan daun tidak luruh.

Magnesium
=========

Nutrient ini membantu proses chorofil dan pengaktifan enzim tumbuhan bagi penghasilan karbohidrat, gula dan lemak. Ia digunakan bagi biji benih dan buah.


Sulphur 
======

Nutrient ini membantu penghasilan amino asid yang berperanan untuk pertumbuhan chorofil dan sel. Ia juga memberi perasa kepada daun.


Iron 
====

Nutrient ini penting bagi proses fotosintesis klorofil. Ia diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan pada peringkat muda/awal.


Zinc
====

Ia adalah sebahagian daripada komponen enzim termasuk enzim auxins ( enzim untuk pertumbuhan hormon ). Ia penting dalam sintesis protein, metabolisma karbohidrat & pembesaran / pertumbuhan batang.


Manganese
========

Nutrient ini membantu aktiviti enzim untuk proses fotosintesis, kadar penyejatan & juga untuk pengambilan nitrogen.


Copper
======

Nutrient ini banyak tertumpu kepada akar tumbuhan & memainkan peranan dalam pengambilan nitrogen daripada udara.


Boron
=====

Nutrient ini membantu 16 fungsi pertumbuhan tumbuhan. Selain daripada pembentukan dinding sel, nutrient ini juga terlibat dalam pembungaan, pendebungaan, putik buah, pengaliran air & pergerakan hormon tumbuhan. Ia diperlukan dari mula sampai akhir hayat tumbuhan.

Apa itu Dolomite?

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin

Dolomite atau kapur pertanian.

Nama lain bagi kapur pertanian ialah Ground Magnesium Lime (GML) dan jenis kapur GML terbaik ialah dolomite. Dolomite merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur magnesium (dalam bentuk MgO) yakni kehadirannya melebihi 18%. Dolomite juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca).


Antara kegunaan lain dolomite:

-Ada yang menggunakan dlm pembuatan besi,

-ada yang mengggunakan untuk nak mengelak anai2 dlm tanah...

-Zaman-berzaman kapur digunakan sebagai soil conditioner atau perawat tanah untuk memperbaiki pH tanah yang berasid kembali optimum.

-Ia merupakan ubat terbaik dan paling ekonomi untuk merawat tanah berasid yang sudah mula mengeras, berketul-ketul dan tidak subur lagi.

-Kandungan Mg, Ca, dan silikanya memperbaiki struktur tanah serta mengimbangi pH atau darjah kemasaman tanah.

-Cat

-Seramik dan marmar

-Loji Tenaga

-Hortikultur

-Perubatan dan Farmaseutikal

-Perawatan Air kolam Ternakan

Monday, 20 June 2016

Cara Penggunaan Baja Organik Hadiqah

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin

------------------------------------------------
Kenapa tuan/puan perlu mengambil set?
-------------------------------------------------

Untuk kesan yang lebih sempurna tuan/puan perlu merawat tanah dengan baja hadiqah perawat tanah. Ini bertujuan untuk meneutralkan keasidan tanah terlebih dahulu.


Bila keadaan tanah sudah dirawat, barulah tanah dapat membekalkan zat yang sempurna kepada pokok.

Utk kesan yg lebih superb, selepas seminggu tuan/puan bolehlah menggunakan baja hadiqah perawat pokok dan em. Ini bertujuan untuk membekalkan zat tambahan kepada pokok. 

Saya percaya dengan penggunaan yang konsisten, cukup kadar air dan cahaya, pastinya pokok tuan/puan akn membuahkan hasil yang menakjubkan!



Penggunaan Baja Hadiqah
--------------------------------

Cara penggunaan SET BAJA HADIQAH

1.Taburkan 2 sudu baja perawat tanah ke dalam pasu. Ini bertujuan untuk meneutralkan nilai ph didalam  tanah.

2. Selepas seminggu, taburkan 2 sudu baja perawat pokok.

3. Semburkan EM. Penggunaan EM boleh dilakukan secara serentak dengan baja perawat tanah.


Tips:

;;Untuk kesan yang lebih cepat, larutkan sedikit baja perawat tanah dan pokok dengan sedikit air.

;;Hentikan penggunaan EM ketika pokok sedang berputik

"Sembur sembur pasti subur"

Wednesday, 15 June 2016

Baja Perawat Tanah Hadiqah


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Apa itu perawat tanah hadiqah? Dikenali juga sebagai baja DOLOMITE (klik sini)

Ia berfungsi untuk menyuburkan tanah, mengimbangi nilai PH tanahserta memperbaiki struktur tanah untuk mewujudkan mikrob dan mikroorganisma. Antara bahan utama yang terkandung didalam Baja Organik Hadiqah ialah DOLOMITE. Ia merupakan sejenis kapur yang terbentuk pada lapisan ketiga gunung berapi. Bahan semulajadi ini membantu untuk proses kesuburan tanah dan tumbuhan. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan struktur tanah dan memperbaiki pengudaraan didalam tanah. Penggunaan DOLOMITE bersama sumber semulajadi didalam Perawat Tanah Hadiqah memberi impak positif serta mengimbangi perkembangan ekosistem didalam kawasan tersebut.



Kandungan
Nilai
Ai
433.30
B
22.14PPM
CaO
39.56%
Cu
8.42 PPM
Fe
0.36%
K20
0.09%
Mg0
3.78%
Mn
269.54 PPM
Na
961.26PPM
P20S
0.04%
S
0.07%
Zn
15.39 PPM
Moisture
0.81%
PH
8.99%




Sunday, 12 June 2016

Apa itu Baja Organik?


Teks : Noor Ezzalin

Kebaikan Baja Organik

Baja Organik
Apa itu baja organik, baja organik adalah baja yang berasaskan kepada bahan2 semulajadi yang mana pengunaan baja organik tidak akan membawa sebarang kesan yang memudaratkan kepada semua yang terdapat didunia 


Kebaikan baja Organik adalah seperti berikut:-
1. Meningkatkan Nutrien Tanah
-Membantu menyimpan pelbagai nutrisi sebelum diserap.
- Meningkatkan dan memperbaiki kandungan nutrisi dalam tanah
-Kaya dengan zat makanan asas & tambahan
-Membantu penghasilan CO2 & meningkatkan kadar metabolisma
-Keupayaan akar menyerap nutrisi lebih maksimum


2. Meningkatkan Kegiatan Mikrob
-Meransangkan pertumbuhan dan kegiatan mikrob
-Mengawal keseimbangan ekologi mikrob dalam tanah
-Membantu mengurangkan perosak
-Membantu mencegah penyakit akibat kulat
- Bebas dari bakteria , benih rumput dan tidak berkulat


3. Memperbaiki Ciri-Ciri Tanah
-Membantu merawat dan baik pulih tanah
- Meransang pertumbuhan akar dan tumbesaran pokok
- Memperbaiki keadaan pengudaaan dan pegangan air
- Membantu mengawal kadar pH tanah
- Membantu menyimpan air


4. Jimat dan Mesra Alam
- Menjimatkan kadar penggunaan baja Kimia
- Mempercepatkan masa tuaian dan meningkatkan hasil
- Mesra alam dan selamat kepada manusia
- Mengurangkan penggunaan racun
- Pengurusan tanaman yang lebih sistematik

Wednesday, 18 May 2016

Teknologi 3D Baja Organik Hadiqah




Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin






Ramai yang bertanya saya mengenai teknologi 3D didalam baja HADIQAH. Biasanya teknologi 3D terdapat pada  barangan elektrik. Jadi jangan terkejut sekiranya teknologi 3D berada didalam setiap pallet didalam baja HADIQAH.

Jadi,kita lihat apa yang dikatakan dengan teknologi 3D.

Teknologi 3D yang terdapat pada baja HADIQAH merupakan teknologi terkini yang dibawakan khas dari negara Thailand.

3D bermaksud 3 lapisan yang terdapat didalam setiap butiran baja HADIQAH.



1. LAPISAN PERTAMA

  •  Merupakan zat makanan untuk pokok
  • Dalam lapisan ini terdapat zat utama iaitu amino asid yang membantu pokok menerima zat dengan cepat.
  • Kebiasaanya dalam masa seminggu pengguna akan dapat melihat perubahan pada pokok kerana asid amino bertindak cepat dengan pokok.
2. LAPISAN KEDUA
  • Juga merupakan zat makanan untuk pokok
  • Selepas seminggu, zat makanan yang terdapat dilapisan kedua akan diserap oleh pokok.
  • Dalam tempoh sebulan hingga 2 bulan, zat untuk lapisan kedua akan diterima oleh pokok.


3. LAPISAN KETIGA


  • Lapisan ini mengandungi mikrob, dimana mikrob tersebut akan bekerja untuk menghasilkan makanan untuk pokok. 
  • Mikrob baik tersebut akan memproses makanan sehingga 6 ke 7 bulan.
  • Pokok akan mendapat zat makanan selagi tanah tersebut tidak terkena racun atau bahan-bahan yang boleh mematikan mikrob tersebut. 
  • Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan untuk meletakkan sebarang bahan kimia bersama baja organik kerana dikhuatiri akan membantutkan proses penyuburan pokok anda.









Tuesday, 8 March 2016

Effective Microorganisma




Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin








Apa itu EM?


Pada tahun 1980 an, EM dalam bidang pertanian telah dilakukan secara mendalam oleh Prof. Dr. Teruo Higa di Universitas Ryukyus, Okinawa, Jepun. Dalam skala luas, EM telah digunakan oleh petani organic di Jepun, Thailand, Brazil, Amerika Serikat, Indonesia, Philiphina, Srilangka, China, Korea Selatan, Taiwan, India, Perancis, Malaysia, New Zealand, Laos, Myanmar, dan lain-lain. 
Dari tahun 1989 sampai saat ini, pengembangan teknolgi EM masih terus dilakukan.


EM ialah kaedah penggunaan mikroorganisma berfaedah dalam bahan-bahan dikompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar. Secara umumnya terdapat 3 jenis bakteria di dalam EM iaitu Bakteria Laktic Asid, Yis dan Bakteria Potosintetik.


Tahukah anda semasa tsunami melanda di negara kita EM disembur kepada mangsa korban untuk mengelak daripada berbau busuk?




Kebaikan EM


  • Mengikat nitrogen di atmosfera.
  • Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan 
  • Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
  • Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
  • Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
  • Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
  • Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
  • Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah
  • Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
  • Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
  • Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
  • Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak