Sunday, 12 June 2016
Apa itu Baja Organik?
Teks : Noor Ezzalin
Kebaikan Baja Organik
Baja Organik
Apa itu baja organik, baja organik adalah baja yang berasaskan kepada bahan2 semulajadi yang mana pengunaan baja organik tidak akan membawa sebarang kesan yang memudaratkan kepada semua yang terdapat didunia
Kebaikan baja Organik adalah seperti berikut:-
1. Meningkatkan Nutrien Tanah
-Membantu menyimpan pelbagai nutrisi sebelum diserap.
- Meningkatkan dan memperbaiki kandungan nutrisi dalam tanah
-Kaya dengan zat makanan asas & tambahan
-Membantu penghasilan CO2 & meningkatkan kadar metabolisma
-Keupayaan akar menyerap nutrisi lebih maksimum
2. Meningkatkan Kegiatan Mikrob
-Meransangkan pertumbuhan dan kegiatan mikrob
-Mengawal keseimbangan ekologi mikrob dalam tanah
-Membantu mengurangkan perosak
-Membantu mencegah penyakit akibat kulat
- Bebas dari bakteria , benih rumput dan tidak berkulat
3. Memperbaiki Ciri-Ciri Tanah
-Membantu merawat dan baik pulih tanah
- Meransang pertumbuhan akar dan tumbesaran pokok
- Memperbaiki keadaan pengudaaan dan pegangan air
- Membantu mengawal kadar pH tanah
- Membantu menyimpan air
4. Jimat dan Mesra Alam
- Menjimatkan kadar penggunaan baja Kimia
- Mempercepatkan masa tuaian dan meningkatkan hasil
- Mesra alam dan selamat kepada manusia
- Mengurangkan penggunaan racun
- Pengurusan tanaman yang lebih sistematik
Labels:
BAJA ORGANIK HADIQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment