Showing posts with label TIPS PENGGUNAAN BAJA & KAEDAH PENANAMAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENGGUNAAN BAJA & KAEDAH PENANAMAN. Show all posts

Thursday, 2 June 2016

5 tips menanam pasu bersama HADIQAH


 Teks : Noor Ezzalin
 Foto : Noor Ezzalin






5 TIPS MENANAM BUNGA DIDALAM PASU BERSAMA HADIQAH
====================================================
1. MEDIA TANAMAN
-Hindari dari menanam menggunakan media yang berupa tanah sahaja.
-Seeloknya gunakan campuran media yang sesuai untuk tanaman didalam pasu
-Lapiskan dibahagian bawah sekali dengan sabut kelapa supaya air tidak bergenang didalam pasu


2.CAHAYA MATAHARI
-Lihat pada jenis bunga yang ditanam. Ada pokok yang memerlukan matahari yang banyak, manakala ada jenis pokok bunga yang memerlukan sedikit cahaya matahari.
-Contoh : Pokok bunga ros memerlukan 6jam cahaya matahari

3. UKURAN PASU
-Jika tanaman anda mula membesar, anda perlu mengalihkan kedalam pasu yang lebih besar.
-Untuk tumbuhan bonsai anda tidak perlu mengalihkan pasu tetapi anda perlu mencantas daun dan memangkas batangnya agar bonsai anda mempunyai bentuk yang anda impikan.

4.MEMBERSIHKAN DAUN
-Setiap seminggu sekali anda perlulah melihat daun supaya bebas dari binatang- binatang perosak. Pembersihan permukaan daun juga dapat membantu proses fotosintesis berjalan dengan lancar. Daun yang hijau dan berkilat menunjukkan tumbuhan anda cukup nutrien.

5. PEMBAJAAN
- Bagi memastikan tanaman anda subur anda perlulah membaja pokok anda seminggu ataupun 2 minggu sekali menggunakan baja organik hadiqah


Sekian tips dari hadiqah. Diharap hadiqah dapat membantu tumbuhan anda supaya hidup sihat dan subur.
"MAN ZARA'A HASADA"


‪#‎BAJAORGANIKHADIQAH‬
‪#‎BAJAORGANIKTHAILAND‬
‪#‎HADIQAH‬

Monday, 16 May 2016

Menanam Pokok Pudina


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Google




Salam semua, hari ni saya nak share sikit pengalaman menanam pokok pudina. saya mendapat inspirasi tentang penanaman pudina dari blog  tanomkinotuan.



 Tips Pokok Pudina
  • Tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak, cukup sekiranya kawasan yang dipilih itu terkena cahaya pada waktu pagi atau hanya pada waktu petang.
  • Tambah rumput kering pada tanah tersebut untuk pengudaraan dan saliran yang baik. Rumput kering akan mereput menjadi humus yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk pokok pudina anda.
  •  Anda haruslah menyiramnya dengan air yang banyak 
  • Sekiranya pokok pudina anda sudah panjang dan menjalar potong semula batang yang terlalu panjang agar pokok pudina anda merimbun dengan baik.  Sentiasa memotong pokok pudina agar ia sihat dan rimbun.


Kelebihan daun pudina

  •  Menyejukkan badan .Caranya ambil air masak 1.5 liter, masukkan daun pudina serta lemon. Masukkan didalam peti ais. Esok nak pergi kerja jangan lupa bawa air pudina lemon tu. Comfirm sejuk badan sepanjang hari. Lagi lagi minum masa baru keluar peti ais tu kan. Perghhh!!!           
  • Ubat selsema. Mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema
    Caranya mudah je. Masak air panas. Letakkan didalam mangkuk. Letakkan daun pudina yang telah ditumbuk. Ambil sehelai tuala. Hidu aroma air pudina tadi. Pastikan dalam keadaan panas ye. Comfirm, yang baru nak selsema terus hilang selsema.
  • Membuang angin
    Caranya bancuh teh hijau letakkan daun pudina. Rendam selama 5minit. Minum. Inshaallah berdas das tembakan akan keluar nanti!!!
  •  Penyakit ruam kulit
    Caranya tumbuk daun pudina, pakai seperti masker. Inshaallah. Tiada masalah kulit lagi.
  • Menghilangkan rasa mual dan sakit kepala
    Caranya sapukan minyak kelapa yang dicampur daun pudina kemudian hidu baunya. Terasa segar je.