Wednesday 18 May 2016

Teknologi 3D Baja Organik Hadiqah




Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin






Ramai yang bertanya saya mengenai teknologi 3D didalam baja HADIQAH. Biasanya teknologi 3D terdapat pada  barangan elektrik. Jadi jangan terkejut sekiranya teknologi 3D berada didalam setiap pallet didalam baja HADIQAH.

Jadi,kita lihat apa yang dikatakan dengan teknologi 3D.

Teknologi 3D yang terdapat pada baja HADIQAH merupakan teknologi terkini yang dibawakan khas dari negara Thailand.

3D bermaksud 3 lapisan yang terdapat didalam setiap butiran baja HADIQAH.



1. LAPISAN PERTAMA

  •  Merupakan zat makanan untuk pokok
  • Dalam lapisan ini terdapat zat utama iaitu amino asid yang membantu pokok menerima zat dengan cepat.
  • Kebiasaanya dalam masa seminggu pengguna akan dapat melihat perubahan pada pokok kerana asid amino bertindak cepat dengan pokok.
2. LAPISAN KEDUA
  • Juga merupakan zat makanan untuk pokok
  • Selepas seminggu, zat makanan yang terdapat dilapisan kedua akan diserap oleh pokok.
  • Dalam tempoh sebulan hingga 2 bulan, zat untuk lapisan kedua akan diterima oleh pokok.


3. LAPISAN KETIGA


  • Lapisan ini mengandungi mikrob, dimana mikrob tersebut akan bekerja untuk menghasilkan makanan untuk pokok. 
  • Mikrob baik tersebut akan memproses makanan sehingga 6 ke 7 bulan.
  • Pokok akan mendapat zat makanan selagi tanah tersebut tidak terkena racun atau bahan-bahan yang boleh mematikan mikrob tersebut. 
  • Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan untuk meletakkan sebarang bahan kimia bersama baja organik kerana dikhuatiri akan membantutkan proses penyuburan pokok anda.









No comments:

Post a Comment